Kami Jumpa Tempat Makan Baru!

Lepas mandi manda di Putrajaya maka semuanya lapar. Jadi kakak saya pun ajak la pergi cuba tempat makan baru ni western food restaurant, orang kata sedap tempat ni namanya The Gate One.

img_1014

Lokasi The Gate One ni berdepan dengan ISPEN Bangi, nak cari tempat ni tak susah pun cuma tempat parking kereta je yang susah sikit sebab kedai ni betul2 tepi jalan raya.

sampai je kat restaurant dalam 7.30pm camtu, restaurants ni akan stop beroeprasi sekejap dari pukul 7.00pm sampai 7.30pm sebab waktu staff solat. Saya suka diaorang punya decoration memang menarik, ala kampung moden gitu.

img_1016

Diorang ada sediakan 2 tempat, indoor dan outdoor. Kebanyakkan pelanggan kat sini akan pilih outdoor sebab nyaman sedap mata memandang.

img_1012

img_0986

Meja kampung tapi nampak elegan, memang pandai owner ni decor.

img_0990

Yang ni suka sebab tepi pokok. Tapi satu je kekurangan tempat ni, sebab sesampai je rasa nak terkucir, so tanya la toilet kat mana dia pun tunjuklah. Mak ooi gelap gelita, lampu ada tapi rosak, lepas tu toilet bowl plak takde pelapik duduk. terus tak jadi nak melepas hajat kecik haha.

Then kami order, harga tempat ni okla.. takde la mahal sangat dan takdelah murah sangat, pilihan dalam menu pun banyak juga.

img_0992

kami order air epal, rasa dia memang sedap saya suka, epal tu terasa memang terasa tak macam sesetengah kedai banyak air dari jus.

img_0994

air ni yang paling saya suka, air ala asam boi, memang sedap rasa bukan macam beli kat pasar malam. Harga pun RM 3.00 je kot.
img_0993

Air kami order 2 je sebab air kosong disediakan secara percuma.

Makanan pula kami order Beef Steak. Daging dia empuk senang nak makan,sos dia sedap dan banyak.

img_1003

ni pulak Chicken Chop

img_0996

Lamb Chop

img_0997

dan menu keempat Spaghetti Olio, yang ni kesedapannya kureng sikit.

img_1002

Nampak tak betapa besarnya pinggan tu, tapi habis licin sebab semua lapar hahaha…
img_1004

Dah habis licin makan kena la bayar tapi nasib baik ada orang nak belanja. kedengaran selepas tu adik saya pun cakap ‘alhadulillah’ dalam hati dia lebih kurang bunyinya camni ‘selamat duit aku’ hahaha.

Cashier counter dia, ni  ha dia outdoor juga ye. Dah macam pondok dah aku tengok, macam kat kampung je.

img_1011

Adik saya cakap tempat ni kira ok la ,ada lagi tempat yang sangat sedap dan murah yang dia pernah pergi makan sebelum ni, so dia tak boleh nak rate high sangat The Gate One ni.

So confirm saya akan pergi tempat tu dan post kat sini,so jangan lupa tekan FOLLOW ye untuk dapatkan post tentang tempat makan tu.

Secara overall saya rasa tempat ni memang menarik, nyaman dan Makanan disediakan pun sedap sesuai dengan harga. Air asam boi jangan lupa my favourite.

Adakah kami akan datang lagi? yes

berapa bintang? 4 out of 5

Jangan lupa tekan FOLLOW untuk dapatkan post terbaru dari saya..

Terima kasih juga lawat blog saya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s